Tuesday 21 May 2013

ILMU PENGASIH, CINTA PAKSA YANG MISTERI

KATA yang empunya ilmu, bahawa ilmu guna-guna, ilmu pelet atau pengasih itu digunakan untuk memikat seseorang. Lelaki pikat perempuan, dan perempuan pikat lelaki.
Jangan terkejut, ada juga dukun pengasih yang menyediakan pelet atau guna-guna untuk kegunaan kaum lelaki yang nak memikat lelaki; juga kaum perempuan yang nak memikat perempuan -- cinta pengasih pelik ini bukan barang baru, sudah lama orang iklankan, sudah lama orang cari dan amalkan.
Di Malaysia, tidak diketahui apakah golongan homoseks dan lesbians itu mengamalkan ilmu seperti ini.
Kaedah mengamalkan ilmu begini pun berbagai kaedah bergantung kepada siapa yang menyediakan aturan pakainya. Ada yang suruh orang itu berpuasa dan amalkan beberapa perkara yang diberitahu secara peribadi.
Ada yang menggunakan benda-benda mistik tak masuk akal untuk dijadikan pegangan atau untuk digenggam sambil membacakan doa atau mantera pemanggilan "cinta" pada masa yang ditetapkan.
Ada yang gunakan kulit harimau atau taring harimau. Ini belum lagi bab minyak bulu perindu, minyak mati dibunuh atau minyak senyoyong Siam.
Tentang kulit harimau tadi, ada maklumat mengatakan, yang diperlukan bukanlah selebar kain serban. Dapat sedikit pun sudah memadai.
Kulit harimau ini hanya digunakan untuk membuat Guna-guna Asmara, satu nama ilmu pengasih yang jarang kita dengar. Ilmu ini sebenarnya tidak memberi manfaat kepada pasangan yang dikenakan, ia merbahaya dan akan merugikan pada masa akan datang.
Kata mereka, ilmu ini memang luar biasa kesannya. Orang yang dicalit memang boleh mengikut kata, tetapi si dia seperti kehilangan kesedaran, hingga sepanjang masa asyik mendengar kata sahaja. Kalau pasangan yang diharapkan jadi bingung begitu tentulah tidak sedap jadinya!
Kenapa jadi begitu, ia berpunca dari pengaruh makhluk ghaib yang berterusan mempengaruhi tindakan orang itu sepanjang masa.
Adakah orang yang gunakan ilmu pelet atau ilmu asmara ingin melihat pasangannya jadi orang "tak betul" begitu? Perkara ini lama kelamaan jadi bahan gunjingan jiran, jadi fitnah yang memang pun fitnah hasil dari ilmu pengasihan tingkat tinggi.
Bagi yang terkena ilmu asmara begini, watak semulajadinya akan berubah. Orang yang periang akan jadi pendiam, suka melamun atau menangis tak tentu pasal. Inilah kesan minyak pengasih. Ketika nak guna dulu tak fikir buruk baiknya. Lagipun menggunakan minyak pengasih begini adalah perbuatan dosa. Ia termasuk dalam kategori pengamal sihir walaupun yang membeli minyak pengasih itu bukan ahli sihir.
Bagi yang sudah terkena ilmu asmara begini, lama kelamaan kalau tingkat kesedarannya tinggi, dia akan bertanya kawan-kawan, meminta pendapat dan ingin dengar komen kawan-kawan. Kelakuan ganjil, perubahan perangai yang seperti angin bermusim itu akan diberitahu oleh orang di sekitarnya.
Lama kelamaan ada kecurigaan. Timbullah tanda tanya. Maka timbullah kalimat, "Jangan-jangan..." Dia mencipta banyak soalan dan jawapan. Ada rasa syak wasangka.
Kalau di Jawa, ada yang melukis rajah di atas kulit harimau ini hanya pada awal bulan Suro [baca:Muharram], ada kalimat atau rajah yang perlu ditulis dan lukis di atas kulit harimau dalam masa 4 hingga 5 tahun!
Sudah tentu yang inginkan cinta kilat, mereka tak akan bersabar dengan penantian yang menyeksakan ini.
Tentang bagaimana ilmu itu boleh bekerja, ia sebenarnya mendapat bantuan dari jin suruhan yang berfungsi untuk tugasan kepeletan.
Bagi yang membiasakan diri membaca al-Qur'an, maka orang itu akan terhindar dari gangguan ilmu pelet. Apabila mereka membaca surat-surat  yang mengandung ayat sajdah [akhir surat al-A'raf; ar-Ra'd: 15; an-Nahl: 50; al-Isro: 109; Maryam: 58; al-Haj: 18 & 77; al-Furqan: 60; an-Naml: 26; as-Sajdah: 15; Shaad: 24; Fushshilat: 38; an-Najm: 62; al-Insyiqaq: 21 dan al-'Alaq: 19]
Kekuatan ilmu pelet atau pengasih asmara yang dikatakan hebat itu akan hilang dengan sendirinya apabila orang yang merasai dirinya diguna-gunai itu membaca al-Qur'an.
Cukupkah dengan membaca al-Qur'an daripada ayat-ayat yang disebutkan itu sahaja? Sudah tentu, apabila seseorang membaca al-Qur'an mereka akan bertanya kepada diri sendiri, kenapa tidak gunakan wuduk baca al-Qur'an itu untuk mengerjakan solat sunat dan fardu sekali? Bagi yang menambah dengan puasanya, dan solat tahajjudnya, maka ia akan menjadi benteng diri dari ilmu pengasih apa pun.
Sejauh ini, orang yang bergelumang dengan dunia ilmu pengasih adalah dari kalangan yang menjauhkan diri dari majlis ilmu, menjauhkan diri dari masjid dan surau -- maksudnya langsung tidak peduli dengan sejadah.
Dukun pengasih yang ramai temui hari ini, bijak berlakon, menampilkan gaya seperti orang alim, padahal ilmuan yang dikutip dan dijajakan kepada orang ramai adalah ilmu yang gunakan bantuan jin.
Sarana kulit harimau dan perlu ditulis atau dirajah pada bulan Muharram adalah tanda-tanda ada kecenderungan ke situ.
Itu sebab, menjadi mudah bagi golongan pemulih ilmu pengasih untuk melakukan tindakan. Dengan bertanya soalan mudah tentang amalan solat dan membaca al-Qur'an pun sudah memadai untuk mendidik pasien mereka agar terhindar dari ilmu pengasihan begitu. Wallahu a'lam. []


3 comments:

  1. MINYAK PENGASIH BOMOH ORANG ASLI UNTUK DIJUAL...UNSUR PUTIH BUKAN HITAM...KALAU HITAM JATUH SYIRIK.......RM250 SEBOTOL SEKALI POSLAJU SELURUH MALAYSIA.....WHATSAPP 0163168815 ( terima kasih tuan punya blog )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...
      Aku nak share kat korang pengalaman aku. Pengalaman aku pasal biasalah pasal Isteri aku . Terjadi masa lagi 3bulan nak berlangsung isteri aku buat perangai . Ok nak dijadikan cerita isteri aku buat perangai untuk putuskan ikatan selepas dia jumpa bekas lelaki dia yang KONON nak jumpa for the last chance . Ok aku izinkan . Dan selepas je dia balik dia terus berubah . Awalnya aku pikir dia letih atau apa . tapi lama kelamaan dia berubah dan makin lama dia terus buat keputusan BODOHH ! Bayangkan aku takpunya masa time tu . dan aku try berdoa siang malam . solat , berubat sana sini pun tak lut . Aku jadi rambang mata untuk call satu2 bomoh yg ada kat sini . dari mula smpailah aku stop untuk tengok website . Ok first bomoh bodoh yang aku berubat dulu dengan bantuan dalam website .

      1. TOK KENCANA - Wuishhh citer dia memang takboleh di sangkal lagi dan sesiapa dah cuba pasti tau kebenarannya . Tok kencana menggunakan rawatan paku . Harga takde lah mahal mana . RM2K je . semua boleh buat . So aku pon buat lah dan dia kata bagi tempoh seminggu untuk tengok kesannya . Last2 HARAM JADAH !!!! Satu benda tak jadi . Aku tanya Tok Kencana tu . Dia kata kena buat lagi sekali . So dia letakkan maharnya lagi . Bodoh ke ? Takpelah macamni sahaja lagi .

      Aku listkan BOMOH2 BABI YANG AKU DAH BERUBAT
      1.TOK KENCANA - RM2K
      2.KAK DAYANG - RM4K JUGAK LAH
      3.PAK OSMAN - RM3K
      4.KAK LENNY - RM2K LEBIH
      5.KAK HABSAH - RM3K
      6.PAK BUYONG -RM1K

      HAIH RAMAI LAGI SEBENARNYA TAPI AKU HIGHLINE KAN NAMA2 FAMOUS KAT NI. So masa tu aku pikir aku mungkin takde jodoh dengan dia dan memperisterikan dia . Sampailah aku dapat no bomoh dari member aku . Time tu aku dah rasa putus asa tapi hati masih nak mencuba untuk last chance . akhirnya aku tawakal jela dan berubat dengan bomoh kat indonesia yg member aku suggest. Dan alhamdulillah kesan dia ada nampak perubahan dan aku taktahu dia buat atau lakukan macam mana . sekarang ni dah 11 bulan dah berlalu . isteri aku pon tengah mengandung . Hahahahah ! So the end of the story aku nak pesan kepada sesiapa yg tengah terdesak untuk berubat tu hati2 lah untuk memilih bomoh . Memang susah nak cari yang betul2 tulin melainkan kalau ada pon banyak yg tipu , Kalau tak korang jadi macam aku tu . Ha sampai situ saja lah aku punya cerita harini . Ada masa aku terjah lagi kat sini . Sebelum tu kepada sesiapa nak no bomoh yang menyettelkan masalah aku tu boleh WhatsApp kan aku 01169489574 . Assalamualaikum











































      Delete
  2. MINYAK PENGASIH BOMOH ORANG ASLI UNTUK DIJUAL...UNSUR PUTIH BUKAN HITAM...KALAU HITAM JATUH SYIRIK.......RM250 SEBOTOL SEKALI POSLAJU SELURUH MALAYSIA.....WHATSAPP 0163168815 ( terima kasih tuan punya blog )

    ReplyDelete