Hari Sabtu, bersama aktivis Perkim Jalan Ipoh adakan majlis sempena meraikan kedatangan Ramadan, di samping adakan sedikit acara ringan, tilawah saudara baru (dari Philipina, Indonesia), diadakan pertandingan azan, dan kuiz yang diajukan oleh Ustaz Awang. Majlis diadakan selama dua hari, Sabtu dan Ahad, diadakan juga cabutan nombor bertuah (hadiah hamper dan buku [PTS]. Bilangan yang hadir boleh dikira, tapi okaylah okaylah juga sebab diadakan hari Sabtu, esok tak tahulah bagaimana. Mungkin lebih. Nasi bungkus pun banyak yang lebih.
Suatu hal yang Ustaz Ravi Abdullah kata, bahawa di Malaysia ni, kalau takbir hari raya mendayu-dayu dan tidak bersemangat, sedangkan takbir itu dulunya ada kaitan dengan kemenangan umat Islam di dalam peperangan, tetapi versi takbir di Malaysia diperindahkan lagi dengan melodi bid'ah, disuruhlah artis untuk kumandangkan takbir raya, menetes air mata mendengarnya, tidak semangat langsung. Hal ini sudah jadi adat di negara kita, tidak ada siapa berani mengubahnya. Kemudian ada pula amalan orang kita pergi ziarah kubur pada pagi raya, sedangkan ini amalan dari mana? Di Jawa Tengah sana pula ada yang bawa nasi tumpeng, dijunjung atas kepala dibawa ke kuburan, amalan ini sama juga dengan puak Wetu Telu di Lombok, Toa Lokaq mengetuai upacara, bersama ketua kampung dan ketua adat, lebai katib pun sama, bawa makanan ke kubur nenek moyang. Lalu diberitahu kepada nenek yang sudah mati, "Nek, tidak lama lagi kita mau puasa, jadi kita bawa makanan untuk nenek, semoga nenek sejahtera..." Amalan mistik yang khurafat ini sudah menjadi fenomena ghaib di sana. Di Malaysia hanya sibuk beli bunga mahal dipotong-potong dan tabur atas pusara.
Kisah benar, ketika ana kerja di Jalan Ampang Hilir, anak bekas pak menteri, merestui mem beli bunga mahal untuk dipotong-potong, suruh driver hantar ke kubur Jalan Ampang, tabur bunga. Ni pun ajaran dari mana, saya pun tak tahu, sedangkan di rumah tu banyak patung, entahlah...
Perkara ini elok ditegur, kenapa nak pergi kubur waktu pagi raya, ada nasnya? Ramai yang ikut-ikutan sahajas, jika ditanya mereka tak reti jawab. Lepas tu, buat apa kita susah-susah beli pakaian baru menyambut hari raya kalau tidak mampu, 10 akhir Ramadan bukan untuk pergi nyopping sakan. Kan namanya bulan ibadah, malam lailatul qadar itulah saatnya datang, tetapi kita umat Melayu dari dulu sibuk kacau dodol, sibuk buat kuih loyang, sibuk buat baulu, akhirnya bulan ibadah hancur macam tepung tu yang diuli dengan tangan atau mesin.
No comments:
Post a Comment