Sunday, 17 July 2011

PULAU KETAM

di pulau ini tiada deru motosikal
tiada deru kereta mewah
yang ada hanya basikal dan basikal
ada yang menyewa dengan biaya RM5 sehari
ayuh, kayuhlah ke mana sahaja yang dimahukan
hanya ruang pulau ini terlalu kecil
persis gerak seekor ketam nipah di dalam lubang lumpur
di sini terlihat persamaan
tidak ada si kaya mahu unjuk hebat
dengan kereta mewah
atau rumah yang mewah
kerana semuanya di atas lumpur paya bakau
deru hilaian tawa anak-anak bermain basikal
hilir mudik
hanya terdengar deruan motobot laju membelah air selat
di sini santai amat
tidak ada kekalutan jiwa
segala-galanya tenang
jika begini
padamkan keributan jiwa
dan berbasikal di pulau ini.

ANDONG M JAMIL,
Kg.Warisan, Kg. Pasir Panjang,
Sekincan, Selangor, Julai 2011.

No comments:

Post a Comment