Wednesday, 20 July 2011

Tazkirah di Masjid-masjid dan Surau

Sebenarnya boleh dikatakan di mana-mana masjid dan surau sekarang ada sahaja jadual majlis ilmu. Ustaz-ustaz sudah dijadualkan mengikut gilirannya. Setiap hari ada tazkirah. Ada ustaz yang popular, audien pun ramailah, manakala majlis ilmu yang tidak tersusun akan kekurangan pendengar. Satu contoh sebuah masjid di Jalan Gombak, majlis ilmu setiap lepas solat maghrib hanya sekitar 12 orang, termasuk imam dan bilal.
Tapi itu jangan dikira tak ada sambutan. Sebab di Timur Tengah sana, kumpulan 12 orang itu sudah jadi perkara biasa, hanya orang yang tekun, nak tahu sesuatu dari guru akan bersila di depan sang guru.Di masjid jamek KL, majlis ilmu waktu zohor, sentiasa ada pendengar kerana persekitaran yang sesuai, jika masjid lain buat majlis ilmu waktu zohor, memang tak ada pendengar.
Seperkara lagi, ada ustaz yang bijak mencari tajuk pembicaraan untuk majlis ilmu. Tersusun, dan boleh selesai satu tajuk dan tidak perlu menyambung di lain kali. Ini kaedah yang baik. Sebenarnya, sebuah majlis ilmu hanya perlukan sebuah atau dua hadis untuk dihuraikan. Begitu juga kalau membicarakan tentang ayat al-Quran. Tidak perlu bertela-tela.Masa untuk tazkirah waktu zohor atau lepas maghrib sebenarnya sangat terhad, ustaz yang bijak telah buat persiapan akan dapat menggunakan masa dengan sepenuhnya. Jika tidak bijak, maka wacana ilmu melebar hingga kepada subtajuk lain. Lagi satu, kena tengok siapa pendengarnya. Ada pendengar yang tak boleh bawa wacana yang besar-besar, sebab untuk mereka hanya tajuk biasa-biasa sahaja.Seperti tajuk puasa. Yang itu juga dibicarakan. Apa salahnya tegur sedikit tentang kebiasaan dan adat istiadat di bulan Syaaban yang menjadi ikutan masyarakat. Terangkan hukumnya, apakah ada ajaran dari al-Quran dan as-sunnah. Untuk menerangkan keperihalan ini, ustaz kena buat persiapan. Zaman sekarang mudah, banyak bahan tazkirah. Ustaz yang tak bersedia pun boleh sampaikan tazkirah, apa lagi kalau tajuknya umum. Dah jadi kebiasaan di Malaysia ni, satu ustad kena ada berjela-jela permit. Permit atau izin untuk berbicara di masjid dikeluarkan oleh Jawi kalau di KL. Sementara di Selangor oleh Jais. Begitu juga negeri-negeri lain. Kalau pergi ke empat negeri berbeza, ada empat "lesen" perlu dibawa oleh ustaz. Inilah cerita seorang ustaz ketika buat majlis ilmu di Perkim setiap hari Ahad. Nak bercakap pun kena ada lesen. Mungkin ada orang takut jika semua orang tahu agama dan tahu hukum. Setahu ana, sesiapa yang mengetahui sesuatu dalam agama, pasti tidak memilih Umno. Orang yang sebulu dengan Umno memang suka kalau orang yang berpendidikan agama cenderung kepada Umno tapi kena pakai songkoklah. Budak-budak hafiz mana nak pakai songkok tinggi macam tu. Rimas. Sebab songkok tu pakaian orang nikah, pakaian mesyuarat agung dan penari zapin. Tak kan pakaian penari zapin nak pakai ke masjid? Nampaknya tak ada budayawan yang celik terhadap hal ini. Ustaz pun tak berani singgung perkara stail pakaian begini. Berbalik kepada tazkirah, beruntung kalau sesebuah masjid atau surau ada kariah tetap, jemaah berjejal. Tetapi sekarang, kita lihat, masjid letaknya berdekatan, setiap masjid ada tazkirah, itu sebab jemaah tak ramai yang nak dengar tazkirah ustaz.

No comments:

Post a Comment