Friday, 8 July 2011

Tentang Ilmu dari Perkuburan

Sudah jadi kebiasaan di tanah nusantara ini ada sekelompok manusia rajin ziarah ke perkuburan tokoh tertentu jika tidak wali pun. Ada yang berkunjung ke makam wali semata-mata untuk mendapatkan sesuatu. Niatnya adalah hendak berdialog dengan si mati.
Memanglah pelik amalan orang ini, terutama yang berkelana tak tentu hala untuk mencari sesuatu. Konon untuk mencari ilmu hikmah, ilmu sebagaimana yang dikisahkan di dalam surat al-Kahfi, tentang pertemuan Musa a.s. dengan Nabi Khidir a.s. Kisah Khidir ini memang sangat menarik untuk dikupas, boleh dijadikan sebuah buku, pendalilan tentang ilmu-ilmu hikmah yang tanpa sanad dan perawian yang ngacus!
Diceritakan ada spiritualis wanita, sanggup duduk di gunung untuk mendapatkan ilmu, bertemu dengan mbah yang sudah lama meninggal. Kalau tidak mbah pun, dia nak jumpa puteri sekian-sekian yang kononnya dulu dia adalah anak raja terkenal.
Tidak terfikirkah? Mana ada anak raja yang warak pada zaman dulu? Jenis tunggang langgang adalah. Setelah meninggal, dah ratusan tahun, wanita spiritualis ini mengharapkan barkah dari kuburan. Duduklah di situ, kononnya bertapa untuk mendapatkan ilmu, akhirnya setelah bertahun-tahun, maka dia pun turun.
Turun dari gunung dia beritahulah, konon telah menerima ilmu dari mbah sekian. Ilmu kesaktian ghaib yang bukan calang-calang orang boleh memilikinya.
Banyaklah kubur lama yang dikeramatkan. Kemudian masing-masing datang kerana mengharapkan barokah. Ada pula lelaki mistik dan sinting yang melakukan kembara di dalam hutan naik kuda, mencari bisikan halus, berupa ilmu-ilmu. Bisikan ini entah dari mana, bagi yang hendak mengelabui ramai, dia bilang bisikan halus itu datangnya dari Nabi Khidir a.s. kebetulan pokok-pokok berdaun hijau. Bukankah Khidir itu ada kaitan dengan warna kehijauan?
Dapatlah sebuah ilmu dari bisikan. Kita bimbang, yang berbisik itu adalah syaitan dan iblis. Bukankah mereka dah bersumpah nak mendatangi manusia dari segenap arah, menyesatkan manusia, sampai kiamat nanti. Itu sumpah iblis di depan Allah s.w.t. Iblis dendam sangat kepada manusia. Kerana manusia ini suka membuat kerosakan di muka bumi. Betul pun!
Ada yang datang ke kubur sanggup tidur di kubur. Mereka berharap si mati akan menolong memberikan bisikan, mimpi atau ilmuan mistik.
Ada yang mendapat Ilmu Asmak Malaikat hanya kerana duduk menyepi di kubur wali. Setelah itu dia menebarkan ilmu kepada pembaca blog. Ilmu itu diperoleh dari perkuburan, bukanlah wali yang hadir memberikan ilmu, tetapi iblis yang campur tangan.
Makhluk ini suka menyesatkan umat. Jadi, dengan diberikan ilmu yang bukan-bukan, pemburu taksub mudah menerima. Kepada sang murid akan diberitahu, "Ilmu ini aku peroleh dari makam wali terkenal. Setelah melakukan olah batin, campur puasa, dan prasyaratan lainnya, maka datanglah Mbah... lalu memberikan kepadaku ajian sekali sebut, ajian itu terus masuk ke dalam dadaku. Aku hafal..."
Nah, bagi murid yang terbengong-bengong, wah ini ilmu bukan sebarangan. Dari wali lagi. Jangan buang masa, wajib dipelajari, sisantuni untuk berguru kepada orang ini.
Soal, pak guru dapat ilmu dari orang mati tidak difikirkan.
Di Malaysia ada ke tidak? Jangan kata tak ada. Ada paranomal yang ana temuramah beberapa tahun lampau, memberitahu mendapat ilmu dari orang bunian di sebuah hutan di Negeri Sembilan. Ada yang mendapat benda-benda mistik setelah tertidur di kuburan Jugra, keris pendek atau panjang. Ada yang dapat batu cincin dan bermacam lagi.Adakah benda mistik ini ilmu? Ya, bagi yang percara mistik, benda-benda itu adalah pemberian dari makhluk misteri ghaib.
Satu cerita yang nak ana catat, adalah seorang paranormal yang dulu belajar di Cirebon, Jawa, beritahu ana, di makam diraja Kuala Selangor, Bukit Melawati maksudnya, ada sebuah kubur lama, nisan berbalut kain kuning. Setelah dapat izin dari Puteri... dia pun masuk ke kawasan makam dan membuka kain kuning di salah satu batu nisannya.
Di situ ada surat wasiat yang diperbuat daripada sejenis kulit haiwan. Ana pun dah lupa akan isi wasiat itu. Tetapi difahamkan, ada benda yang hendak diserahkan kepada seseorang. Peliknya, bagaimana kawan yang belajar di Cirebon itu boleh tahu pada nisan itu terdapat surat wasiat?
Jeng! Jeng! Jeng!
Mimpi. Dia mendapat alamat daripada mimpi. Dia juga pernah mendongeng kepada ana bahawa di Bukit Malawati, Kuala Selangor itu, ada terowong misteri. Dalamnya ada harta karun.
Suatu hari ana pergi sana, ambil gambar, tak ada siapa di sana kecuali kera-kera yang bergayutan di dahan pokok. Terasa seolah-olah ada makhluk memerhatikan ana di situ. Ana ambil gambar, batu pelapik untuk memancung orang.
Catatan tak logik, batu hampar tu dulunya untuk memancung pesalah zina. Maka dipancungnya si perempuan yang berzina. Yang jadi pertanyaan, di mana pezina lelakinya?
Sudah tentu, kemungkinan melibatkan anak pembesar. Dia melakukan kesalahan tetapi tidak dihukum, manakala perempuan yang orang kecil, orang biasa menerima hukuman pancung. Ini adalah gambaran undang-undang kita yang berat sebelah sejak zaman silam sampai 2011.
Berbalik kepada mencari ilmu di kuburan, memang terlalu banyak peristiwa peribadi yang tidak diceritakan kepada orang. Ada yang sanggup tidur di makam kuno. Kalau Pulau Besar tu tak payah ceritalah, bahkan untuk tamatkan perguruan silat pun pergi sana.
Sekarang banyak ilmu sudah masuk ke Malaysia. Ilmu yang kebanyakannya tidak mempunyai sandaran yang kuat. Sanadnya kacau-bilau, tahu-tahu ada. Banyak yang diperoleh dari makhluk yang tidak nampak. Siapakah itu? Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Salam. Tumpang tanya kawan yg kamu maksud kan dari Cirebon tu kamu masih berhubung dgn dia.?? Bole tak email sy (puterialya1101@yahoo.com.my)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete