Nama A.Rauf mungkin ada sesiapa pernah jumpa. Dia banyak menulis buku kanak-kanak. Tidak kira apalah, asalkan untuk bacaan kanak-kanak dia memang menekuni bidang ni. Sejak saya kenal dia di KL, kalau tak salah sejak tahun 90-an, dia ni memang suka bercakap tentang penerbit itu dan ini. Bagaimana layanan penerbit itu, boleh hantar bahan apa, dan semuanya maklumat belaka kepada saya yang tak suka jengah sana-sini, melainkan hantaran secara e-mail dan pos ekspress je.
Selain mengetahui maklumat para penerbit kecilan, Rauf juga ada suruh saya taipkan bahan manuskrip, sebab Rauf ni sejak dulu hingga sekarang masih suka yang manual. Dulu dia hantar bahan bertaip mesin taip biasa. Spelling tak boleh nak baiki, tak macam PC dan laptop. Sayangnya, saya dah nasihat dia, gunakankan PC. Paling murah RM280 boleh dapat. Saya boleh tunjukkan di mana nak dapatkan PC tu. Dia tak mahu berubah. Dia masih dengan cara lama. Kasihan juga. Jadi mahu tak mahu saya tolong taipkan manuskripnya.
Ada beberapa manuskrip yang saya tolong taip dan editkan sekali.Sebab saya pun biasa mengedit rencana, buku dan bahan kanak-kanak, saya jadi berani kerana saya pernah mengikuti kursus daripada Munsyi Dewan bersama wartawan kanan akhbar perdana dan tak arus perdana pun.
Sebab itu saya cukup pantang kalau jumpa perkataan "ianya" yang menjadi kebiasaan disebut orang. Kenapa perlu ada "nya" , bukankah cukup dengan "ia" sahaja? Oleh sebab saya nak menyalin semula apa yang ditulis tangan dari penulis Muar ni, saya beritahu kaedah menulis cerita. Jangan buat watak banyak sangat. Tengok drama TV bagaimana? Kemudian buatkan nota-nota cerita dan lokasi. Jangan kata nak pergi Johor alih-alih pergi ke Penang pula.
Jadi, sebagai penyunting, saya dapati idea perlu disusun dengan baik. Dari A-Z. Dalam cerita kena ada sebab dan akibat. Watak tak boleh berlebihan tanpa sebab. Contoh kanak-kanak menjadi spy untuk orang dewasa. Siapa kanak-kanak itu, anak siapa? Perlu ada logika dalam cerita. Saya dah terangkan kepada Rauf, kerana dia rajin datang ke rumah. Sampai KL dia akan telefon saya, tanya dah siap ke belum.
Terbaru dia suruh saya taipkan manuskrip tentang bola jaring, badminton dan bola sepak. Pening juga, sebab dalam manuskrip tulis tangan tu, banyak benda berulang-ulang. Jika ditaip dengan PC ia jadi pendek. Jika dibuang bahan yang berulang itu, bertambah pendeklah. Tetapi terpaksalah, sebab ini kesalahan fatal. Berulang-ulang. Memenatkan nak menaip.
Yang saya puji, Rauf ni gigih orangnya. Kerja lain tak ada, dia hanya jual bahan untuk kanak-kanak. Dia datang bawa CD yang penerbit bagi. Dia suruh saya tengok bahannya, betulkan. Selain saya, dia juga ada serahkan bahan kepada orang lain untuk menaipkan dengan PC. Saya dah beritahu, ini kerja leceh. Apa kata beli PC, taip terus pada PC. Menaip boleh belajar. Macam mesin taip juga. Entah kenapa sahabat saya ni masih mahu tulis tangan. Dia rajin pergi Perpustakaan Negara. Mencatat dan fotostat. Padahal bahan banyak terdapat dalam laman web. Mungkin dalam waktu terdekat ini dia akan datang lagi ke rumah penulis, mungkin dalam bulan puasa ini. Wallahu a'lam. Apa pun bahan yang dia hantar dengan pos dari Muar sudah saya taip, cuma tak sunting sangat untuk mengekalkan originalitinya. [MJ] Ahad, 31 Julai 2011].
No comments:
Post a Comment