Di Malaysia, ada satu tempat yang aman, tak ada kereta dan tak ada motosikal. Yang ada basikal sahaja. Siapa sahaja yang datang ke pulau ini mereka kena naik basikal atau jalan kaki sahaja. Hari ini ana bersama grup Perkim Gerak yang kebanyakannya kaum Cina Muslim, mereka adakan sedikit aktiviti di dewan komuniti Pulau Ketam. Ana yang ikut sama, ikut angkat periuk besar dari KL pergi Pulau Ketam. Mungkin di KL ana tak sanggup angkat periuk depan orang ramai. Tapi, di Pulau Ketam ini, ana kena buat muka selamba. Sebab orang lain pun bawa benda juga. Ada yang bawa bekas air, tong air, tong isi lauk pauk, kuih muih, pisang, tembikai, dan macam-macam bahan keperluan untuk dijamukan kepada orang ramai dan peserta yang ikut sama.
Kami tidak keseorangan, selain para petugas Perkim Gerak, ada juga 10 imam muda dari Negeri China ikut sama. Kami menjayakan program dengan semangat persaudaraan, lebih dari perpaduan yang dilaung-laungkan oleh 1Malaysia. Kita lebih dari 1Malaysia, bahkan boleh dikatakan 4Malaysia pun.
Di Pulau Ketam sebenarnya tak ada apa yang istimewa. Ada yang datang nak memancing, sewa bot memancing di kawasan selat yang terselit di kawasan hutan paya bakau. Di Pulau Ketam, tidak ada restoran mamak macam di KL. Agaknya mamak pun tak boleh hidup di bumi Pulau Ketam yang indah ini. Restoran Melayu memang tak adalah. Ada makcik jual nasi lemak, dan pakcik jual apam balik, itu aja yang ada.
Hotel ada. Kalau nak sewa hotel bermalam di sini boleh sahaja. Cuma waktu malam keadaan jadi "mati kutu" kepada sesiapa yang suka bising-bising.
Di sini ada balai polis, jenayah pun tak ada. Masing-masing naik basikal. Kalau ada motorsikal tentu mat rempit pula buat hal. Jadi, diharamkan terus kenderaan bermotor di bumi yang indah ini.
Penduduknya rata-rata orang Cina. Ada beberapa kerat budak Indonesia kerja sebagai pembantu gerai atau kedai. Orang Melayu sebagai pelawat sahaja. Jalan-jalan atau kayuh basikal.
Kami ikut gurup Perkim Gerak meninjua kawasan penempatan penduduk yang rata-rata buat rumah di atas lumpur bakau, bau lumpur dan air laut begitu menyengat. Ada sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah. Sebuah bank (Maybank), pendeknya jangan risaulah nak cucuk duit.
Kedudukan yang sama rata ini tidak ada di KL. Penghuni kota berlumba-lumba hendak tunjuk kehebatan dan kekayaan, tetapi di sini, miskin kaya, tua muda, kayuh basikal. Janganlah nak berlagak. Kalau nak pakai BMW letakkan kereta di Pelabuhan Klang sana, bayar parking.
Dr.Halimah Ali, orang yang berkaitan dengan Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, negeri Selangor Pakatan Rakyat, turut hadir sebagai tetamu jemputan. Semuanya berjalan lancar. Kami naik feri beramai-ramai, enjoy, budak-budak dari Negeri China siap bernasyid depan feri, mereka sungguh ceria datang ke Pulau Ketam. Para petugas Perkim Gerak pun nampaknya begitu bersemangat menjayakan program dengan jayanya. Kami tinggalkan Pulau Ketam pada pukul 6.00 petang, sampai KL dah maghrib. Turun di ibu pejabat Perkim, barang-barang yang ana pikul tadi kena bawa semula ke ibu pejabat Perkim. Semua yang ikut ceria, dan puas. Alhamdulillah! []
No comments:
Post a Comment