Wednesday, 27 July 2011

Kenapa Rakyat Gelisah?

Banyak perkara yang menyebabkan rakyat gelisah. Pertamanya, mereka tidak ada bahan untuk dibaca. Maksudnya bahan cerita yang benar, bukan bahan yang dimanipulasi oleh UIBN. Rakyat yang tidak membaca Utusan dan Berita Harian, mereka juga tidak tengok TV. Berita Nasional dijauhi. Laporan Bernama tak diikuti. Mereka lebih suka mendengar cerita dari kedai kopi atau warung. Sebab laporan dari warung lebih tepat dan kemaskini, tak ada tapisan pun.
Setiap hari pemimpin UBN mengutuk rakyat yang pernah menyertai Bersih, seolah-olah hendak diajak agar menukar sikap. Jangan begitu, rakyat tidak boleh dipaksa. Tidak boleh ditipu, lama kelamaan mereka jengkel, pemimpin akan ditinggalkan rakyat. Bayangkan kalau pemimpin tidak suka rakyat.
Di negara kita pemimpin tidak suka rakyat, sebab rakyat yang mereka suka hanya orang Umno sahaja. Peranan MIC,MCA dab Gerakan tak nampak langsung. Jadi, Umno nak jadi juara rakyat. Sayangnya Umno puklul rakyat, sembur rakyat, buru rakyat, lukakan rakyat, langggar rakyat, ikat rakyat, pijak rakyat, semua ini akhirnya menimbulkan kebencian.
Tentang usaha SPR nak memujuk rakyat agar memahami peranan SPR, setakat ini apa sahaja yang dibuat oleh SPR tidak memuaskan hati rakyat. Sebabnya, SPR bukan bercakap sebagai SPR sebaliknya sebagai UmnoSPR, itu sebabnya orang tak suka.
Apabila sudah berlaku Bersih, pemimpin kita melaung-laungkan dengan berkata bahawa mereka tidak pernah menipu dalam pilihanraya. Habis di Pekan tu ada perkampungan orang Mynmar siap dengan Mykad lagi, bukankah itu menipu namanya?
Kemudian aliran wang kita terlalu besar ratus billion. Ini memberi gambaran pemimpin yang ada hari ini cuai, hanya tahu tersengih dan tunjuk jari kelangit di mana-mana. Ini membodohkan rakyat. Rakyat percaya kepada kamu, tetapi kamu menipu rakyat. Kemudian kamu paksa rakyat undi kamu.
Tidak. Rakyat tidak akan memilih pemimpin yang berfoya-foya dengan kemewahan, sedangkan rakyat setiap hari selongkar tong sampah, kutip kertas dan tin kosong. Sejauh mana pemimpin utamakan rakyat?
Setakat ini pemimpin kita bertindak secara otokratik. Gunakan polis sepenuhnya. Maklum sepupunya juga. Kaedah begini perlu diperbaiki. Menteri Dalam Negeri yang ada sekarang tidak cekap. Tidak tahu mengurus kementerian.
Sekarang ini pemimpin utama kempen turun padang, tetapi mereka turun padang untuk menyusahkan rakyat. Mesra rakyat apa? Mesra Umno yalah. Rakyat yang bukan Umno dianggap bukan rakyat. Jadi, mereka hanya jumpa orang Umno. Jika begitu, jangan beranganlah nak dapat sokongan padu dari rakyat.
Kalau hendak berkumpul pun kena bagi habuan duit, satey dan minuman, sukar nak pujuk rakyat. Lihatlah bagaimana Bersih datang dari segenap ceruk, ramai lagi yang tak dapat masuk bandar ketika itu. Jika benar-benar mereka masuk, pemimpin yang muda akan gerun. Mereka gerun dengan kebangkitan rakyat. []

No comments:

Post a Comment