Setiap tiba Ramadan orang Melayu utamanya kalut dengan cerita hari raya. Padahal apa salahnya kita ubah corak budaya dan pemikiran kita, sejak zaman dulu, dok di takuk lama juga. Setiap kali bulan puasa tiba, maka berebutlah orang nak berniaga itu dan ini. Gerai untuk Ramadan ni bercambah di sana-sini, tidak oleh pihak bandaraya, atau majlis tempatan tertentu, ada pula persatuan yang buka kawasan untuk kutip dana.
Sudahnya, gerai lebih banyak daripada pembeli. Jangan marah, kalau minggu pertama rasa hambar sahaja. Yalah, apa yang laris ketika itu, hanya makanan sahaja. Orang lapar mulalah teringin macam-macam. Ubi rebus pun dirasa sedap amat. Apalagi tengah panas terik, nak yang sejuk-sejuk sahaja.
Tahun lepas ada kisah orang jual gerai, ada si fulan tu mempunyai beberapa lot gerai untuk disewakan kepada orang yang kemaruk berniaga. Tak payah undi semua. Bayar sekian puluh ribu, boleh berniaga. Kepada peniaga, jika anda ada wang banyak, boleh sewa gerai mahal tu, tetapi fikir balik, nak jual apa? Bolehkah dapat keuntungan lebih dari sewaan sebulan hingga RM6-7 ribu?
Niaga bazar Ramadan ni permulaannya lembab, hanya pada minggu akhir sahaja yang nampak ceria. Umpama solat terawih tu, mula-mula padat sampai tak muat, lepas tu kurang... kurang dan terus kurang. Padahal ketika kurang itulah malam Lailatul Qadarnya datang, sedangkan para peniaga bazar dalam kerugian, setiap tahun berniaga, di akhir Ramadan lagi galak, sampai lupa... jadi inilah kerugian orang yang berniaga di bulan Ramadan, memang mereka mendapat keuntungan duniawi, sedangkan ukhrawi jauh sekali. Fikir-fikirkan.
Cuma yang saya nak sentuh, biarlah tahun ini tidak ada orang buat duit banyak-banyak. Maklum dalam tangan ada lima gerai nak disewakan. Satu gerai sewa sampai puluh ribu, paling sengkek pun RM5000 tu pun dah masuk minggu ketiga. Kalau satu gerai dapat banyak tu, kiralah lima gerai. Untung sonyap-sonyap jo.
Lepas tu, blogger ini sebenarnya sejak zaman remaja tidak suka sambut raya di kampung Warisan Pasir Panjang, Sekincan, Selangor. Apa sebab? Sejak kecil sudah disisihkan, jadi bila dah besar tersisih benar. Bila dah tua barulah jadi orang. Teringat ana masa di kampung, orang berbuka puasa jam 7.30 (atau waktu beduk berbunyi) tapi ana masih berpuasa, kalau nak buka pun kena telan air liur atau minum air jejentik dalam tempayan. Sedih you. Bab makan sahur pula, ana makan sahur ketika orang orang sudah selesai sahur, dah semua orang sambung tidur (?) barulah ana sahur, mengakhirkan waktu.
Jadi, apabila orang sibuk menyambut raya siapkan itu dan ini, saya relax sahaja. Tengok orang lain sibuk. Seronok tengok perangai orang menyibuk ni. Tapi saya ronda di Chow Kit, tengok apa yang ada, gerai nak sambut Ramadan sudah terpacak sana-sini. Ada lokasi yang strategik dan ada yang tidak. Yang tidak strategik itu akan terpacak kosong sampai 31 hb.Ogos 2011 nanti, percayalah. Walaupun orang kemaruk nak berniaga, kalau tempat yang tak ada orang, mereka tak mahu. Orang kaki niaga dah tahu strategi, sedangkan yang baru belajar niaga, hantam sahaja, asalkan gerai cukup. Lepas tu mengeluhlah, duit bayar sewa gerai pun tak dapat nak kambus.[MJ]
No comments:
Post a Comment