Tuesday 26 July 2011

Buang Wang ke luar Negeri Seenaknya

NOTA-NOTA SEJARAH MASA DEPAN MALAYSIA

[Bahan ini dipetik dari Suara Keadilan, berguna untuk tatapan generasi muda]

Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Suara Keadilan 5 edisi terbitan tidak berkala muncul dengan menyajikan pelbagai berita dan pendedahan menggembarkan. Kali ini, ia memuatkan berita dan komentar berkaitan 'tuduhan' Datuk Seri Najib Razak terhadap ulama terkenal, Sheikh Yusof al-Qaradawi dan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas. Kes Fitnah II pula terus mendapat perhatian dengan pelbagai kecelaruan perbicaraan didedah secara terperinci, juga tinjauan dan pandangan rakyat terhadap kes berkenaan. Selain itu, Suara Keadilan juga membuat pendedahan mengenai kewujudan 14 buku teks yang kini sedang digunakan murid tetapi penuh dengan kesalahan. Kandungan kali ini juga menyelongkar pelbagai kekayaan dan penentangan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang turut tercetus di United Kingdom, malah Ketua Menteri Sarawak itu didakwa memiliki kekayaan melebihi Sultan Brunei. Tentunya, proses perjalanan pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau turut mendapat liputan. Selain itu, pelbagai kenyataan pimpinan parti turut dimuatkan di samping berita aktiviti KEADILAN dan negeri Pakatan, di Malaysia. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=

KEADILAN menuntut penjelasan kerajaan persekutuan pimpinan Umno BN berkaitan skandal aliran keluar wang haram di negara ini yang mencecah RM888 bilion atau bersamaan AS$291 bilion sejak tahun 2000 hingga 2008. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan pendedahan itu dan menuntut kerajaan persekutuan segera memberi penjelasana. "Saya tidak jangka aliran keluar wang haram lebih 200 bilion dolar. Saya tidak jangka. Nilai itu cukup besar. Laporan itu menyebut, wang haram itu merujuk kepada pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh. "Kita menuntut penjelasan kementerian kewangan adakah kes itu ada kaitan dengan dengan pemimpin besar. Jika ada, ini menunjukkan betapa bahayanya negara kerana adanya rompakan dalam negara," katanya pada sidang media selepas pelancaran KEADILAN Network di Kelab Darul Ehsan, Ampang pada 23 Januari 2011. Laporan itu didedahkan Global Financial Integrity (GFI), sebuah badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS baru-baru ini. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=5215

Pendakwaan terhadap Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop, menunjukkan individu yang rapat dengan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terlibat dalam aktiviti wang haram. Bercakap kepada KeadilanDaily.com, bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) Malaysia, Mohd Nazree Yunus juga tidak menolak kemungkinan satu persatu kes berprofil tinggi melibatkan wang haram, mula memenuhi fail mahkamah. "Saya tidak menolak jika tertuduh terlibat sama kerana Hasbie memegang jawatan Setiausaha Politik pada 2008 ketika Nor Mohamed adalah Menteri Kewangan Kedua," katanya. Hasbie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Butterworth atas tuduhan mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, setahun selepas ditemui bersama RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula dan membenarkan Hasbie diikat jamin RM60,000 dengan dua penjamin. Jika bersalah, Hasbie boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya. Baru-baru ini, Global Financial Integrity (GFI) mendedahkan berlaku pengaliran wang haram negara RM888 bilion antara 2000 hingga 2009. Mengulas lanjut, Nazree sambil meminta proses perundangan dilakukan secara telus, bimbang proses pendakwaan berprofil tinggi individu tertentu yang lazimnya mengambil masa panjang, terlepas dari hukuman."Bukan hari ini sahaja kita dengar ada kes berprofil tinggi melibatkan kroni Umno, tetapi banyak kes seumpama itu dilepaskan dari tuduhan seperti rasuah dan penipuan. "Saya bimbang proses pendakwaan tidak dapat diteruskan kerana tiada keterangan saksi yang mungkin disabotaj. Contohnya, kes melibatkan Tan Sri Kasitah Gaddam, Tan Sri Eric Chia Eng Hock dan beberapa orang lagi. "Kita mahukan keadilan, bukannya pesalah dibebaskan tanpa mengenakan apa-apa tindakan yang setimpal terhadap mereka," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6618

Aliran Wang Haram

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail melahirkan kebimbangan berlaku penyelewengan yang besar membabitkan Syarikat Petroliam Nasional (Petronas) dan kaitannya dengan aliran wang haram. "Saya mengesyaki perkara ini dah lama. Saya bimbang berlaku penyelewengan Petronas, malah mungkin merupakan yang terbesar di dunia. Ini berdasarkan laporan Global Financial Integrity (GFI) yang mencatatkan kadar pengeluaran wang haram sebanyak RM888 bilion dalam tempoh 9 tahun. "Perkara ini hanya berlaku pada industri besar seperti syarikat petroleum dan gas," ujarnya kepada Keadilandaily.com. Beliau berkata demikian mengulas laporan Transparency International yang mendedahkan prestasi buruk Petronas dalam ketelusan dan pendedahan awam. Kajian itu membabitkan 44 syarikat minyak dan gas seluruh dunia. Menurutnya, sesebuah syarikat besar seperti Petronas yang turut menjalankan usahasama dengan syarikat luar, peluang untuk berlaku penyelewengan begitu mudah dengan berlakunya amalan 'kickback'.

'Kickback' ialah satu istilah pembayaran rahsia secara haram yang dibuat untuk mendapatkan pulangan dalam sesuatu urusniaga atau kontrak. "Misalnya kerjasama antara Petronas dan syarikat luar dalam kontrak carigali. Projek carigali lebih mudah dibuat dengan syarikat minyak besar seperti di Amerika. "Katakan harga kontrak yang diletakkan adalah RM100 bilion, tetapi dinaikkan sehingga RM200 bilion. Lebihan RM100 bilion lagi dipulangkan kembali kepada syarikat tempatan yang ada kaitan dengan Umno. Ini dipanggil kick back. Kemudian syarikat ini akan kata berlaku kerugian dari segi tukaran mata wang asing dan sebagainya," ujarnya. Menurut Azan, amalan tersebut memang biasa berlaku di mana-mana negara di seluruh dunia terutama dalam industri besar yang berkaitan petroleum dan gas. Apatah lagi katanya, laporan kewangan Petronas tidak pernah didedahkan kepada umum dan hanya diserahkan kepada seorang individu iaitu Perdana Menteri. Semalam, Transparency International (TI) dan Revenue Watch Institute (RWI), mengeluarkan laporan yang menunjukkan Petronas mencatatkan prestasi buruk dalam tiga sektor kajian yang dijalankan. Ia berhubung 'laporan program anti-rasuah', 'pendedahan organisasi' dan 'pendedahan peringkat negara untuk operasi antarabangsa.' Markah yang dicatatkan Petronas adalah 30, 38 dan kosong peratus, berbanding skor purata pada 43, 65 dan 16 peratus. Petronas disenaraikan di bawah 25 peratus daripada 20 syarikat antarabangsa dan 24 syarikat minyak yang dikaji. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendedahkan skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008. Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) mencatatkan Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=

Tutup Mulut

Di Kota Kinabalu, Perdana Menteri, Pak Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan. "Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu. "Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini. Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat. "Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya. Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum. "Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia. Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak. "Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya. Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8688

Akan Bankrap?

Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi di dunia yang mempunyai aliran keluar wang haram sekaligus bakal menempatkan Malaysia sebagai negara bankrap, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Global Financial Integrity (GFI) di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009. "Tahun 2000 sahaja, sejumlah USD 28 bilion wang dibawa keluar dari negara ini. Manakala pada 2008 telah naik sehingga 33%, iaitu dengan jumlah USD 68 bilion. "Wang ini adalah wang rasuah, wang tipu dengan kerja-kerja tidak halal dan wang yang dilarikan daripada cukai. Maknanya, wang tanpa rekod yang dibawa keluar berjumlah RM240 bilion setahun," katanya dalam ceramah pada kempen Pilihanraya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi. Anwar bagaimanapun mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segera mengenai laporan tersebut, yang didakwanya sebagai tanda-tanda bahawa negara ini bakal muflis. "Sepatutnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab kerana ada laporan antarabangsa. Mana dia Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi? "Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kena jalankan siasatan, tentang siapa yang bertanggungjawab melarikan wang dan khianat kepada negara. Kalau macam ini alamatnya negara akan bankrap. "Bila ditanya kepada Menteri, tak tahu untuk menjawab. Menteri apa ini? Sebab itu saya ulang, saya nak debat soal ekonomi. Bukan kita nak aibkan orang," jelas Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin. Beliau juga menegaskan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pesalah-pesalah tersebut akan didakwa dan wang tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.

Wang Haram Tertinggi

GFI – sebuah badan pemerhati kewangan menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun. Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008. Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion. GFI mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai. Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu. Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari 2011.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=5576

Bank Negara punca aliran wang haram antara tertinggi di dunia

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata terdapat kemungkinan besar Bank Negara Malaysia (BNM) sudah pun sedia maklum mengenai pengaliran wang haram Malaysia yang mencatatkan antara yang tertinggi di dunia. Namun katanya, mekanisme kawalan yang agak lemah menyebabkan pengaliran wang tersebut meningkat tiga kali ganda dalam masa lapan tahun. "Saya sendiri bersama beberapa Ahli Parlimen yang lain ada membangkitkan perkara ini tahun lepas di Parlimen apabila terdapat beberapa individu tertentu, memindahkan sejumlah besar wang melalui agen pengurup wang yang buat masa ini tidak direkodkan Bank Negara Malaysia," kata Tian Chua. Tian turut tidak menolak kemungkinan ia dilakukan golongan yang mempunyai 'hubungan baik' dengan parti pemerintah. "Mereka berbuat demikian kerana mereka sendiri tidak percaya dengan kemampanan ekonomi negara ini. Malah, tidak mustahil ia merupakan rancangan sistematik untuk mengeluarkan kekayaan negara yang dirompak secara tidak sah," kata Tian lagi. Malaysia mencatatkan pengaliran keluar wang haram antara yang tertinggi di dunia membabitkan sebanyak USD 291 bilion di antara tahun 2000 sehingga 2008. Berada pada kedudukan kelima di antara sepuluh negara teratas, Malaysia berada di belakang China ( USD 2.18 trilion), Russia (USD 427 bilion), Mexico (USD 416 bilion), dan Arab Saudi (USD 302 bilion). Demikian dilaporkan Global Financial Integrity (GFI), sebuah badan pemerhati kewangan global dalam laporan mereka Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009 (Update with a Focus on Asia). GFI dalam laporannya mendefinisikan Wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai. Lebih menarik, pengaliran keluar wang haram dari Malaysia dilaporkan meningkat tiga kali ganda sepanjang tempoh tersebut-sebanyak USD 22.2 bilion pada tahun 2000 melonjak kepada USD 68.2 bilion pada tahun 2008. Peningkatan kadar tersebut yang berlaku secara mendadak dan turut melanda beberapa negara Asia yang lain, dipercayai berpunca daripada isu tata kelola yang turut memberi kesan langsung kepada sektor swasta dan awam. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=RM888 bilion lesap: Kerajaan dicabar tubuh jawatankuasa khas

Siapa Dalang?

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dicabar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca dan dalang di sebalik pengaliran wang haram sebagaimana yang didedah Global Financial Integrity (GFI), baru-baru ini. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli percaya siasatan itu jika dibuat akan membuktikan salah laku pentadbiran kerajaan Persekutuan yang sehingga kini hanya menutup mata dengan pendedahan itu. "Jika melihat kepada laporan GFI di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009, membuktikan pengaliran wang berlaku sejak dahulu lagi sehingga kini. "Kenyataan itu ada logiknya kerana laporan Bank Negara menunjukkan RM120 bilion wang keluar masuk tidak dilaporkan antara 2005 hingga 2009 tetapi tiada tindakan daripada kerajaan," katanya. GFI sebelum ini mendedahkan, sebanyak RM888 bilion wang haram dilarikan ke luar negara antara tahun 2000 hingga 2009. Badan pemerhati kewangan antarabangsa itu mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai. Bercakap kepada Keadilandaily, Rafizi turut mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Mahathir berhubung pengaliran wang haram, kononnya GFI ada muslihat dan agendanya tersendiri. "Kenyataan Mukhriz seperti tidak faham soal ekonomi. Sepatutnya mereka buka mata apabila isu ini dibangkitkan, bukannya mengatakan pembangkang membesarkan isu kerana ia melibatkan jatuh bangunnya ekonomi negara. "Antara kesan yang dapat dilihat apabila berlakunya aliran wang haram ialah cukai tidak dibayar, sekaligus menyebabkan perkembangan ekonomi negara semakin lembap," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=5598

[Bahan ini walau sudah lama, ia tetap berguna sebagai rujukan apabila berbicara tentang kewangan dalam Negara, istimewanya kecuaian pihak tertentu menyelesaikan masalah ini, atau dianggap tak penting. Lihatlah, wang sebenyak itu bukan jenayah, tetapi orang kecil yang mengambil wang RM888 akan dipenjara bertahun-tahun, pencuri ribuan juta ringgit didiamkan].

No comments:

Post a Comment