Saturday, 23 July 2011

Orang Kecil Cari Makan

Suatu hal yang nak disentuh di KL ni, ialah bilangan orang yang tidak berumah, tidur di sana-sini, bergelandangan, hidup tidak terurus cukup ramai. Jika dibuat tinjauan secara telus, ia memberi gambaran bahawa kerajaan kita tidak prihatin kepada rakyat, walaupun ada slogan rakyat didahulukan.
Punca masalah ini ialah tiada peluang kerja yang tetap. Banyak yang kerja sambilan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kadang-kadang kena kais tong sampah sampai malam, hingga dinihari. Semua ini hanya untuk sesuap nasi.
Hari Minggu di Perkim Jalan Ipoh, kalau kebetulan ada kuliah, saya lihat ada sekelompok orang-orang yang begini duduk menunggu dengan sabar di kaki lima Bangunan Umno. Mereka menunggu giliran untuk mendapatkan nasi bungkus sumbangan Perkim.
Masalah rakyat kecil ini tidak akan selesai, sebab pihak berwewenang tidak anggap penting rakyat kecil begini, padahal wartawan media perdana tahu masalah ini, hanya bila pak menteri nak turun tangga barulah wartawan buat sibuk. Saya dah banyak kali tegur wartawan kecil di sekitar KL, terutama yang muda-muda. Wartawan Utusan pun sama, takut nak jumpa rakyat. Agaknya stigma itu sudah melekat pada diri wartawan kecil Utusan, takut berdepan rakyat. Wartawan RTM pun begitu juga, tidak berani laporkan kisah sebenar di tengah kota, mereka hanya suka laporkan lawatan menteri dan ucapan menteri yang tak berfaedah itu.
Ketika saya melihat sedikit pameran kecil, konon untuk seniman di Dataran Merdeka, saya lihat tidak ada apa yang gah. Perkara yang diadakan ala kadar, atau dengan kata lain tidak ada sambutan, Kementerian kebudayaan dan Kesenian tidak ada idea bernas untuk seniman, tambahan nama seniman sudah berubah sekarang sejak Pak Samad join Bersih.
Berbalik kepada orang kecil yang tak ada kerja dan tak ada rumah, mereka ini bukanlah masalah sosial kepoada kota KL. Mereka tidak memberi apa-apa kepada negara justeru itu, biarlah orang gelandangan itu terus gelandangan, jika berlaku jenayah kecil dari sebab penggelandangan ini, tidak perlu saling salah menyalah.
Orang gelandangan juga mundar-mandir di Dataran Merdeka, menyaksikan pameran seni yang tidak menyelerakan...kenapa? Ya kerana perut lapar, perlu diisi, sedangkan orang yang kaya raya belanja kopi Yahudi sampai beratus ringgit, yang lapar hanya perlu RM6 sehari je.
Dan di Perkim Jalan Ipoh itu, saya tengok, muka-muka yang sama datang minta nasi bungkus. Kadang-kadang dapat nasi lemak sambal bilis je. Jadilah daripada tak dapat langsung. Inilah kisah rakyat kecil, lokasinya tidak jauh dari bangunan gah PWTC tempat hubaya-hubaya Umno selalu menjerit-jerit nak tolong orang susah

No comments:

Post a Comment