Friday, 8 July 2011

Perpaduan Dalam Kutbah Jumaat

Kekadang jemaah tidak boleh buat apa apabila mendengar kutbah yang berat sebelah. Contoh, di KL ini, kutbah disediakan oleh siapa, memang dah tahu. Cerita tentang perpaduan. Maksud perpaduan ini kita hendaklah menyokong puak A yang nasionalis baharulah dinamakan perpaduan. Sesiapa yang menolak perpaduan dianggap menentang sunnah. Begitulah bunyinya.
Kutbah hari ini hanya gara-gara kerana perhimpunan rakyat. Rakyat yang berkehendak, bukan anasir Yahudi atau asing, jika ada tuduhan karut ini, ia dibuat oleh puak A yang ketakutan dengan kebangkitan rakyat. Puak A bimbang dengan kehadiran rakyat, jadi, dimomokkan dengan kutbah Jumaat di seluruh KL.
Inti perhimpunan Kotor 2.0 adalah kerana Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia tidak telus, itu sahaja. Bukan isu perang, isu nak gaduh, sampaikan mengata bahawa pemimpin kumpulan Kotor 2.0 ini ditaja oleh anasir asing yang merosakkan Islam.
Pandai betul. Bab perhimpunan rakyat pihak A gunakan hadis dan ayat al-Quran. Tetapi dalam bab fitnah, gambar lucah, liwat, pembunuhan seorang wanita, tidak ada pun hadis dan ayatnya. Ada ustasz yang pandang sebelah mata sahaja walaupun mereka tahu hukum, yalah makan gaji, kena ikut tauke, kalau tauke suruh masuk lubang biawak, mereka pun masuklah juga.
Selain menyentuh tentang perpaduan, yang konon rapuh, dek kerana kebangkitan rakyat dan menyokong pihak A, maka ditimbulkan hukum kepada puak B yang tidak sebulu dan memihak kepada A.
Pokok ceritanya adalah pilihanraya yang tidak telus. Bukan soal perpaduan, bukan soal Yahudi atau ejen tali barut asing.
Rakyat diperbodoh dan ditakut-takutkan oleh pihak A. Sudahlah akhbar harian main hasutan, RTM pun menghasut, semuanya menghasut, tetapi akta hasutan dikenakan kepada orang kecil sahaja. Dalam kutbah tadi juga sentuh tentang kezaliman penguasa. Nilah yang nak didedahkan. Apabila SPR yang menjadi inti persoalan tidak diperbetulkan, sampai bila pun akan timbul isu menipu.
Sepatutnya pihak Jawi atau Rumi pun menyediakan teks kutbah yang berimbang, tidak menyakiti hati pihak B kalaupun mengampu sangat pihak A. Jemaah dari berbagai golongan. Itu sebab ana lebih suka solat di masjid India atau Pakistan. Kutbah tak adalah produk dari ustaz A yang diminta tulis itu dan ini.
Jika beginilah cara masjid di KL main peranan untuk pupuk perpaduan, jauh panggang dari api. Orang akan pilih masjid untuk solat Jumaat. Tu sebab masjid depan rumah pun ada orang tak mahu pergi, lebih baik pergi masjid yang berkecuali dan tidak menyakitkan hati jemaah semua.
Sudah dua kali berturut-turut ana dengar kutbah yang memperbodohkan jemaah. Mereka suruh sokong pihak A yang menagakkan Islam. Lucu.
Sokong pihak A kerana negara ini maju dan aman makmur. Sebenarnya, perpaduan itu baru nampak apabila negara ini diserang Garuda atau burung besar seperti cerita Langkasuka. Puak-puak yang taksub dengan pihak A sangat melampau.
Isu pilihanraya, sampaikan pesilat nak gempur. Apa ni? Adakah pesilat nak buka langkah macam dalam zaman Melaka dulu, maklumlah ketuanya pun dari Melaka. Ana dah sentuh fasal keris di Melaka. Silat di Melaka tidak ada jejak, hilang, yang ada apek bikin besi keluli, bikin parang, apa nak dibanggakan kepada Melaka?
Sebenarnya kita patut bangga kepada Belanda dan Portugis kerana mensejarahkan Melaka jadi perhatian dunia. Ia juga memberi gambaran betapa naif dan daifnya sebuah kerajaan Melayu di zaman silam. Keris nak lawan meriam Portugis. Silat pun tak mampu.
Isu sebenar adalah pilihanraya. Kumpulan B mendesak agar sistem dibetulkan. Susah sangat ke? Jika susah bererti ada yang menipu dalam pilihan raya. Kalau sistem baru, nanti mereka tidak boleh menipu. Menipu hukumnya apa? Ustaz yang budiman kenalah tulis kutbah tentang penipuan dalam pilihanraya. Apa hukumnya menipu, setelah dapat kedudukan, elaun, gaji, duit itu dan ini, bagaimana hukumnya? Kalau dah menang parti B lompat ke A apa hukumnya?
Inilah kutbah sebenar, bukan hasut rakyat supaya sokong pihak A atau pihak B. Atau memuji-muji konon pihak A atau B itu dirahmati Allah perjuangannya.
Tuntutan rakyat kepada SPR adalah mudah sahaja, tetapi kenapa takut sangat?
  • Penggunaan dakwat kekal untuk elakkan undi berkali-kali termasuk guna Mykad tipu. Istilahnya pengundi halimunan atau hantu raya.
  • Pembersihan daftar pemilih, orang tak ada pun masih mengundi.
  • Pemansuhan undi pos - penipuan banyak terjadi dalam undi pos, bahkan ada yang mengatakan tak mengundi pun, ada kerani yang tolong pangkahkan untuk memihak kepada A.
  • Akses kepada media - di negara kita, media cukup teruk, berat sebelah. Yang baik adalah A yang buruk adalah B. Hari-hari B diburukkan difitnah. Ini hukum agama apa? Di mana ulama A berada?
  • Kempen minimun 21 hari, ni tidak paling singkat, seolah-olah negara nak diserang garuda.
  • Kukuhkan institusi awam yang berat sebelah dan memihak kepada A. Semua dah tahu makhkamah, polis, Pencegahan Rasuah berpihak dan memilih kes. Atau istilahnya tidak ada integriti.
  • Hentikan rasuah, lagi diiklan, lagi dikempenkan, rasuah makin galak.
  • Hentikan politik kotor, adu domba. 

No comments:

Post a Comment