Sesungguhnya banyak perkara boleh dipelajari daripada perhimpunan Cantik 2.0 pada hari sabtu yang lalu. Kumpulan ini mampu mengumpulkan rakyat kecil dari berbagai kaum, bukan kaum Melayu sahaja. Syabas, inmi bukti perpaduan kaum terjalin dalam Cantik 2.0. Mungkin pihak penguasa rasa tercabar sebab mereka tak akan mampu melakukan seperti yang Cantik 2.0 buat. Mereka boleh kumpulkan tetapi kena ada nasi campur dan minuman, campur kuih-muih, seperti yang disaksikan di kebanyakan tempat selama ini.
Itu sebab kerana cemburu tengok Cantik 2.0 boleh kumpulkan rakyat, mereka tuduh dibayar RM200 seorang. Wah hebat sungguh, dermawan. Itu membuktikan selama ini pihak penguasa mengamalkan sistem pembayaran untuk himpunkan rakyat. Dah mentaliti begitu apa nak buat.
Kemudian ditohmah macam-macam, pengkhianat, perosaklah, sedangkan siapa yang dituduh itu, rakyat Malaysiakah atau rakyat Bangladesh? Ini bukti pemimpin kita tidak celik, tidak faham dengan hasrat rakyat.
Isunya kecil sahaja, pilihanraya adil itu sahaja. Kemudian perkara yang dituntut itu terlalu mudah untuk ditunaikan, bukan susah benar pun. Sekarang nasi dah jadi bubur, sorang kata boleh buat di Dataran Merdeka, sorang kata haramkan.
Bolehkah haramkan sebuah parti misalnya ketika mereka siap-siap nak adalah perhimpunan Agung? Fikirlah secara logik. Nampaknya negara kita ini ditadbir oleh budak-budak yang belum matang. Tulah, kita kena cari menteri yang lebih matang, jangan cari orang muda yang tak tahu menganalisis perkembangan semasa. Fikirannya masih dangkal. Inilah yang diperhatikan oleh kalangan media bukan arus perdana.
Rata-rata rakyat gembira dengan kejayaan perhimpunan Sabtu petang. Ia akan dicatat sebagai kemenangan. Ia lebih hebat daripada Malayan Union dulu. Tetapi pencatat sejarah selalunya malu dengan fakta ini kerana takut disergah orang besar. Fakta tetap fakta. Kalau ada puluhan ribu berhimpun, janganlah kata 6,000 orang misalnya.
Apa pun kawan-kawan semua baik di kampung semuanya ucapkan tahniah atas kejayaan berbaris hari Sabtu itu. Mereka adalah orang-orang yang tertindas di bumi sendiri. []
No comments:
Post a Comment