Abang Ros fikir dengan cara cari hal, ganggu DAP nak menghadapi pilihan raya, hubungan dalam Pakatan Rakyat akan jadi lintang pukang. Bayangkan di saat akhir, bagai permaian bola dalam masa kecederaan semua nak buat dalam sekelip mata. Itulah yang Abang Ros kenakan kepada DAP.
Dalam pada itu kena hati-hati juga. Ada agenda di sebalik semua cerita ini. Memang kalau boleh pihak BN nak menang selesa, pencalonan ditolak. Walau ada yang kata, DAP masih boleh sertai pilihan raya dengan menggunakan logo DAP [Roket].
Hanya, Pakatan Rakyat sedia memahami, semua ini adalah "perangkap" yang boleh mengena di saat akhir.
Kalau pihak Umno terkena bagaimana? Mungkin mereka akan kata tidak ada demokrasilah, tak acilah dan macam-macam tuduhan.
Akan tetapi betapa tenangnya para pemimpin DAP.
Mereka tahu, inilah saatnya mereka kena bertindak dengan hati-hati jangan gelojoh.
Walau guna logo DAP masih boleh, tetapi cakap yang macam main-main itu jangan dipedulikan. Kejap itu dan kejap ini. Memang jadi tak tentu arah.
Paling mudah, tetapkan satu keputusan. Dan kena semak juga dari aspek perundangan. Teliti betul-betul fasal dan perkaranya. Ini bukan hal mudah kalau orang itu tidak mahir.
Akhirnya DAP memutuskan akan guna lambang PAS. Inilah kesatuan yang ada dalam Pakatan Rakyat. Tindakan Abang Ros benar-benar menguji dan sedang diuji.
Apa pun tindakan berhati-hati ini sudahnya menjadi tamparan kepada pihak Umno dan BN.
Dari dulu lagi pihak UBN mahu lihat DAP sebagai musuh no.1. Kalau boleh biarlah DAP itu terus digeruni dan dibenci oleh orang Melayu terutamanya.
Tanpa disedari, orang Melayu sendiri sudah mula tunjuk protes. Mereka tayang kepada para pemimpin Umno, lagi mereka tak suka DAP, lagi ramai Melayu sertai DAP. Lagi ramai Melayu undi DAP. Itu gambaran betapa mereka menyampah sangat dengan orang UBN.
Rasanya DAP tidak ada masalah untuk memenangi mana-mana kerudi di bandar seluruh negara. Justeru kini, pengundi dan penyokong DAP kena faham, undi calon PAS adalah juga undi calon DAP. Undi calon PKR adalah juga DAP. Akhirnya, benar seperti analisis yang dibuat dari luar negeri, kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat semakin padu.
Jika dulu orang kata Roket tidak akan sampai ke bulan, kini Roket benar-benar telah mendarat ke bulan. Sudah pacak bendera pun. Tak terkata apa puak-puak yang berkira nak runtuhkan Pakatan Rakyat.
Tindakan Abang Ros juga memperlihatkan betapa janggalkan sistem yang diamalkan pihak BN terhadap parti yang tidak sealiran dengannya.
Kini rakyat sudah memahami kenapa Abang Ros bertindak begitu. Lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Wallahu a'lam. []
No comments:
Post a Comment