Monday, 8 April 2013

POPULARITI BLOGGER: NAK JADI MP JUGA?

Nak jadi orang politik? Mudah sahaja. Kena minat dengan hal ehwal politik. Kalau tak minat buat apa jadi orang politik. Sekarang, peluang untuk jadi orang politik tak susah. Paling tidak jadi ahli sesebuah parti politik dan sering mengikuti aktviti mereka, secara tak langsung dah dikira orang politik juga. Tidak semestinya nak ada kedudukan dalam parti baru nak menyukai sesebuah parti, dan apabila tak ada jawatan lalu merajuk ke hutan kerana "Patah Hari" [rujuk lirik lagu klasik ini], sikit-sikit merajuk.
Jadi, dalam bab memilih calon untuk bertanding dalam dua kategori tadi, ia bukan mudah. Pilih orang A kumpulan B pula tak sedap hati. Kumpulan A dan B berkira tokoh C dipilih, tiba-tiba tokoh Z pula yang dipilih, tak ke kalut malut?
Nak jadi orang politik kena banyak sabar. Kepetahan bercakap, berhujah dan membentangkan sesuatu fakta pun bukanlah ukuran sangat. Terlalau akademik pun belum tentu boleh dibawa ketengah kalau tidak biasa bermain lumpur politik di peringkat bawahan. Kata orang, nak main politik kena aktif dalam persatuan kecik dulu. Bina sahsiah diri. Kalau setakat bina laman blog dan FB kemudian mempularkan diri di situ, megah nama disebut-sebut, tetiba jadi calon untuk pilihan raya, maka marahlah puak-puak yang berada di kalangan akar umbi atau akar rumputnya.
Sekarang, nasib seseorang untuk dipilih sebagai calon tidak boleh dikira sangat. Contohnya, bagaimana seorang penyanyi boleh jadi calon Pas untuk kerusi Parlimen. Menyanyi sahajalah nampak [teringat kita kepada Ustaz Bollywood].
Apabila sudah jadi MP tidak perlulah menyanyi lagi, kerana sebagai tokoh politik seseorang itu kena jaga adab dalam berpolitik. Macam orang dapat gelaran Datuk. Masa belum dapat gelaran mereka buat kelakar biasa dengan kawan-kawan, tetapi apabila sudah bergelar ada yang suka dipanggil gelarannya, dan ada yang beritahu kawan-kawan tak payahlah sebut gelaran itu, begitu yang ada PhD malu juga nak guna gelaran Dr. kalau pandangan, wacana dan pemikirannya setarap budak lulusan STPM!
Berbalik kepada soal ada blogger disebut-sebut akan dipilih sebagai calon dalam pilihan raya, ia ada baik dan buruknya. Kalau blogger itu memang istiqamah dalam paparan blognya, tidak menjurus kepada fitnah atau terlibat dengan komplot untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang tak beretika, maka blogger itu layak dipilih kalau dia memang berbakat jadi pemimpin.
Kalau setakat berbakat menghasilkan paparan kontroversi, berbakat menghasilkan skandal yang berbagai, dan macam-macam bakat terpendam lagi, maka golongan seperti ini belum layak dipilih sebagai calon. Lebih baik jadi macam Tuk Mun di Terengganu, walaupun sudah berumur, dia masih nak bertanding dalam pilihan raya. Bagi Tuk Mun bertanding dalam pilihan raya ini macam festival. Tetapi tidak bagi pihak yang mengusulkan agar blogger kontroversi dijadikan calon untuk menentang seseorang. Ia hanya jadi "ayam jantan" sabungan. Kalau kalah blogger itu yang kalah bukan parti yang kalah meskipun ia menggunakan lambang Bebas.
Blogger yang bersih, tak ada skandal, tak ada rekod yang menyuramkan, apa salahnya bertanding. Sedangkan Tuk Mun pun boleh bertanding apa lagi orang muda-muda. Itupun kalau diri tu menyedari kena berkhidmat kepada rakyat kalau menang nanti. Akan tetapi kalau jenis darah gemuruh, tak pandai bercakap dengan ramai, gugup, malu dan tak bersedia, maka kena fikir dulu. Carilah orang lain yang ada keberanian melompati cabaran tadi. Teringat kita kepada kes Pelabuhan Klang dulu, sudah menang, dia menyorokkan diri, atau lepak sahaja tak nak jumpa orang ramai. Jenis begini kita kena tolak. Buang masa sahaja mengundi orang begini. Diharap kali ini tidak ada calon yang peranga lembab dan sembab begitu. Jadikan ia teladan terbaik!
Selain penyanyi, blogger, profesional, bekasan orang berpangkat besar, ada juga tokoh muda yang dibariskan dalam kategori ulamak bakal diketengahkan. Itupun sudah ada suara bising. Kenapa ambil ulamak muda itu yang belum tentu dapat bekerja atau asyik berfatwa sahaja nanti sudahnya? Maka ada orang dari parti politik tertentu tak setuju dengan pemilihannya. Ada orang yang lebih layak. Itulah yang mereka dakwa.
Kita tunggu siapa pula calon-calon yang boleh dikategorikan sebagai pelik, terpilih sebagai calon parti tertentu. Tunggulah! Wallahu a'lam. []

No comments:

Post a Comment