Ketika saya berada di kawasan sebuah projek dan memang berkawan dengan bebudak dari mancanegara termasuk Indonesia, Bangladesh dan Pakistani, maka banyak cerita yang saya peroleh.
Ada budak Basngladesh bernama Kalam. Itu bukan nama sebenarnya. Dia terpaksa menyamar sebagai muslim gara-gara nak tackle janda Melayu yang kerja di sebuah kantin kem askar di Jalan Ampang [dah tak ada, pindah].
Saya tak tahu apa cerita, hanya setelah janda ini buka cerita barulah tahu, rupa-rupanya Kalam ni beragama Hindu. Mungkin dia satu-satunya pekerja dari Bangladesh yang bukan Islam di situ. Orang puasa, dia pun puasa. Puasa cara dialah.
Saya pun selalu sembang dengan Kalam. Dia pernah cedera ketika buat kerja di tapak projek itu. Dia rupa-rupanya ada "skandal" kecik dengan wanita Melayu.
Menyentuh tentang rakyat asing yang kerja di sini, selalunya apabila orang buat operasi di kawasan sarang mereka, ada juga isu orang tak tahu mengucap tetapi mengaku Islam.
Dan pegawai penguatkuasa Melayu selalu bikin kecoh memberitahu wartawan Melayu [yang juga kecoh] bahawa orang yang ditanya itu "bukan Islam" walaupun namanya Nazrul Islam [Nazrul maaf ya pinjam nama].
Begitulah kalau ada operasi pihak tertentu baik kes tangkap khalwat atau kes tak ada dokumen apa pun. Akhbar tempatan pun laporkan, kebanyakan mereka tidak tahu mengucap!
Isunya di sini, bebudak Bangladesh atau Pakistani itu bukan tidak solat. Mereka rajin solat. Habis kerja mereka pakai kain pelikat dan kupiah. Tak ada yang pakai songkok tinggi. Mereka tahu mengucap pun!
Adakah orang yang solat ini kita boleh tuduh mereka tak tahu mengucap? Mustahil.
Sebenarnya, pegawai Melayu kita hanya megah dengan soalan sergah:
"Mengucap...mengucap! Wak mengucap saya nak dengar!"
Tahukah orang Bangladesh atau Pakistani atau mungkin dari kawasan negeri lain pun dengan perkataan Melayu mengucap tadi?
Disebabkan mereka tak tahu istilah mengucap, maka mereka diam atau geleng kepala.
Sudahnya, pegawai Melayu yang merasakan keislamannya hebat dan lebih tinggi dari yang disoal, maka dia beritahu wartawan Melayu, kebanyakan mereka tidak tahu mengucap!
Jangan nak temberanglah. Dalam dunia masyarakat Melayu pun kalau anda tanya perkataan IKTIDAL mereka pun ada yang tak tahu.
Perbuatan bagaimana yang dikatakan IKTIDAL tu?
Itu belum lagi bab SUNATnya, yang AB'AT dan HAI'ATnya. Pening-pening. Padahal orang yang ditanya itu memang sering solat berjemaah.
Budak dari Jawa pula mendakwa dia tak "berani" pergi masjid hari Jumaat kerana tidak tahu solat Jumaat itu bagaimana!
Itu dari kawasan yang banyak padepokan, pesantren, yang ada tirakatan di makam-makam kuno atau orang yang ngilmu segala. Dan pemandangan yang nyata, masyarakat dari pedesaan terutama di Jawa apabila datang ke negara orang, mereka seperti menyisihkan diri dari mengunjungi masjid atau mushola, kenapa?
Di sekitar kita pun nampak fenomena ini. Tetapi kalau waktu solat aidul fitri atau aidul adha, wah, membeludak sampai tambah tikar depan masjid santak ke pintu pagar masjid.
Adakah mereka boleh jawab soalan: "Pak coba mengucap pak! Saya mahu denger nih!"
Mungkin mereka tahu apa yang hendak dibuat. Sebaliknya, kasihan mereka yang dari Bangladesh atau Mynmar, disuruhnya mengucap mereka tak tahu. Bukan tak tahu, mereka tak faham apa maksud MENGUCAP itu. Jadi, lain kali, kalau ada operasi di kalangan mereka itu, janganlah buat cerita yang menyedihkan ini. "Mereka sebahagian besarnya tidak tahu mengucap, tetapi semuanya mengaku Islam!" Betulkan persepsi ini. Wallahu a'lam. []
No comments:
Post a Comment